Sunday, 3 December 2017

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2018

JADUAL GAJI KAKITANGAN AWAM TAHUN 2018
BULAN
TARIKH
HARI
TEMPOH / SELA
CATATAN
JANUARI
25/01/2018
KHAMIS
35 HARI
-
FEBRUARI
08/02/2018
KHAMIS
14 HARI
TAHUN BARU CINA
16 - 17/02/2018
MAC
22/03/2018
KHAMIS
42 HARI
-
APRIL
25/04/2018
RABU
34 HARI
-
MEI
24/05/2018
KHAMIS
29 HARI
-
JUN
07/06/2018
KHAMIS
14 HARI
HARI RAYA PUASA
15 - 16/06/2018
JULAI
25/07/2018
RABU
48 HARI
-
OGOS
14/08/2018
SELASA
20 HARI
HARI RAYA HAJI
22/08/2018
SEPTEMBER
25/09/2018
SELASA
42 HARI
-
OKTOBER
25/10/2018
KHAMIS
30 HARI
-
NOVEMBER
22/11/2018
KHAMIS
28 HARI
HARI DEEPAVALI
06/11/2018
DISEMBER
24/12/2018
ISNIN
32 HARI
-

Wednesday, 16 March 2016

TRANSFER DUIT MELALUI ONLINE BANKING (CIMBCLIKS)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagi proses transfer duit ke lain-lain akaun bank melalui cimbclicks. Proses ini amat mudah dan menjimatkan masa anda.

Terdapat 2 jenis tranfer fund yang biasa saya gunakan iaitu Within CIMB Bank dan To Other Bank. Firstly, log in akaun cimbcliks anda dan pergi ke tabs transfer dan pilih samada Within CIMB Bank atau To Other Bank.

Within CIMB Bank = transfer duit ke akaun CIMB Bank

To Other Bank = transfer duit ke lain-lain bank selain CIMB Bank


TRIP MENCARI IKAN DI ULU JENGAL, HULU DUNGUN, TERENGGANU PADA 19 – 21 FEBRUARI 2016

Salah satu hobi/aktiviti yang aku minati adalah mencari ikan tidak kira apa kaedahnya samada memancing, memukat atau menjala. Trip mencari ikan kali ini dirancang oleh adik aku dan member-member dia, aku join je sekali. Tanggal 19hb Februari 2015 kami berlima iaitu 2 orang adik aku (hafiz dan hanif), aku dan 2 orang member adik aku (halim dan jailo) bergerak dari kuantan ke kuala jengal, hulu terengganu iaitu kampung ayah aku. Sesampai di kampung, sepupu-sepupu serta saudara aku (syawal, apiq dan di pendek) yang juga geng untuk trip kali ini telah menunggu untuk bergerak ke spot mencari ikan tersebut. Setelah semua persiapan dilakukan, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju dengan menaiki 2 buah perahu dengan enjin 5hp masing-masing. Perjalanan untuk sampai lebih kurang 6 jam, almaklumlah enjin kecik. Perjalanan agak mencabar sebelum tiba ke lokasi dan paling mencabar adalah ketika melalui jeram. Perahu terpaksa ditolak kerana kami tidak mahu mengambil risiko perahu terbalik dan juga bagi mengelakkan kipas enjin bot rosak. Jadi terpaklah kami menolak bot/perahu melawan arus yang laju dan ditambah lagi batu-batu yang licin. Sepanjang perjalanan itu juga, beberapa orang dari kami (hafiz, halim dan jailo) akan mencasting mencari ikan terutamanya sebarau. Memang banyak port yang menarik untuk kaki-kaki casting sepanjang perjalanan tersebut.


Sunday, 6 March 2016

CONTOH SURAT PERJANJIAN HUTANG PIUTANG / PEMBERIAN PINJAMAN

SURAT PERJANJIAN PEMBERIAN PINJAMAN
(Perjanjian ini mempunyai 2 mukasurat)


Kami yang bertandatangan di bawah ini :

Nama                          : …………………………………………………………….
No. Kad Pengenalan   : ………………………………………………………….…
Alamat                        : …………………………………………………………….

Selaku Pemberi Pinjaman, selepas ini disebut PIHAK PERTAMA.