Wednesday 16 March 2016

TRANSFER DUIT MELALUI ONLINE BANKING (CIMBCLIKS)

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda bagi proses transfer duit ke lain-lain akaun bank melalui cimbclicks. Proses ini amat mudah dan menjimatkan masa anda.

Terdapat 2 jenis tranfer fund yang biasa saya gunakan iaitu Within CIMB Bank dan To Other Bank. Firstly, log in akaun cimbcliks anda dan pergi ke tabs transfer dan pilih samada Within CIMB Bank atau To Other Bank.

Within CIMB Bank = transfer duit ke akaun CIMB Bank

To Other Bank = transfer duit ke lain-lain bank selain CIMB Bank


TRIP MENCARI IKAN DI ULU JENGAL, HULU DUNGUN, TERENGGANU PADA 19 – 21 FEBRUARI 2016

Salah satu hobi/aktiviti yang aku minati adalah mencari ikan tidak kira apa kaedahnya samada memancing, memukat atau menjala. Trip mencari ikan kali ini dirancang oleh adik aku dan member-member dia, aku join je sekali. Tanggal 19hb Februari 2015 kami berlima iaitu 2 orang adik aku (hafiz dan hanif), aku dan 2 orang member adik aku (halim dan jailo) bergerak dari kuantan ke kuala jengal, hulu terengganu iaitu kampung ayah aku. Sesampai di kampung, sepupu-sepupu serta saudara aku (syawal, apiq dan di pendek) yang juga geng untuk trip kali ini telah menunggu untuk bergerak ke spot mencari ikan tersebut. Setelah semua persiapan dilakukan, kami pun bertolak ke destinasi yang dituju dengan menaiki 2 buah perahu dengan enjin 5hp masing-masing. Perjalanan untuk sampai lebih kurang 6 jam, almaklumlah enjin kecik. Perjalanan agak mencabar sebelum tiba ke lokasi dan paling mencabar adalah ketika melalui jeram. Perahu terpaksa ditolak kerana kami tidak mahu mengambil risiko perahu terbalik dan juga bagi mengelakkan kipas enjin bot rosak. Jadi terpaklah kami menolak bot/perahu melawan arus yang laju dan ditambah lagi batu-batu yang licin. Sepanjang perjalanan itu juga, beberapa orang dari kami (hafiz, halim dan jailo) akan mencasting mencari ikan terutamanya sebarau. Memang banyak port yang menarik untuk kaki-kaki casting sepanjang perjalanan tersebut.


Sunday 6 March 2016

CONTOH SURAT PERJANJIAN HUTANG PIUTANG / PEMBERIAN PINJAMAN

SURAT PERJANJIAN PEMBERIAN PINJAMAN
(Perjanjian ini mempunyai 2 mukasurat)


Kami yang bertandatangan di bawah ini :

Nama                          : …………………………………………………………….
No. Kad Pengenalan   : ………………………………………………………….…
Alamat                        : …………………………………………………………….

Selaku Pemberi Pinjaman, selepas ini disebut PIHAK PERTAMA.  

POWER AMPLIFIER MERCURY MGR-495 4 CHANNEL CLASS AB



Wednesday 2 March 2016

7 PEREMPUAN BERTANYA


Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:


“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:


“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

PERMAISURIKU


Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?

Huh, lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.

BIDADARI SYURGA

Bidadari syurga, makhluk yang telah sangat indah yang telah Allah ciptakan untuk hamba-hambaNya yang soleh, yang berbuat kebaikan, yang layak untuk memasuki syurga. Diceritakan bahawa bidadari-bidadari syurga ini terlalu rindukan suaminya di dunia dan teringin melihat suaminya di dunia, namun tidak diberi izin oleh malaikat penjaga syurga. Suatu hari mereka meminta izin dari Allah untuk menjenguk ke bumi bagi melihat suami mereka dan telah diizinkan. Bidadari-bidadari ini dapat mengenal siapa suami mereka kerana di dada mereka telah tertulis nama suami yang mereka rindui.

30 RAHSIA WANITA

Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang bagaimana?  Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? Ini adalah rahsianya :-

1.       Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

PANDUAN SERVIS/MAINTENANCE KERETA



1.               Minyak Hitam – jenis minyak hitam dan jarak/masa penggunaan sebelum penggantian adalah seperti berikut:
a)          bukan sintetik/mineral disarankan setiap 5,000km atau 3 bulan.
b)          semi sintetik disarankan 7,500km atau 10,000km atau 6 bulan.
c)          fully sintetik untuk 15-20,000km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak recycle/tiruan. Terdapat sindiket di mana pengusaha bengkel tertentu refill dengan menggunakan minyak recyle/tiruan serta membuat seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat membeli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

Tuesday 16 February 2016

BlogShop@sayapilusi

BlogShop@sayapilusi adalah satu ruangan yang diwujudkan di dalam blog ini http://sayapilusi1981.blogspot.my/ . Konsep ini sebenarnya diadaptasi daripada Car Boot Sale yang telah menjadi trend masa kini di mana barang-barang milik peribadi akan dijual dengan harga berpatutan kepada yang berminat. Tujuan BlogShop@sayapilusi adalah sebagai satu cara pemilik blok mengelakkan barangan tersebut disia-siakan walaupun baru sekali dua digunakan. 

Bagi anda yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatsapp di no. 013-276 3889 (Hisyam) untuk cash on delivery (COD) di sekitar Kuala Lumpur iaitu Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa. 

Juga boleh COD di sekitar Kuantan, Pahang. 

*Kos penghantaran melalui pos ditanggung oleh pembeli.
*Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan semula.

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Blog ini merupakan blog peribadi penulis. Hasil penulisan/artikel yang disiarkan adalah sekadar perkongsian untuk umum. Kebanyakan entri ditulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan pemilik blog sendiri, pemerhatian dan pembacaan. Sebarang pandangan yang dizahirkan merupakan pandangan peribadi pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini. Juga terdapat kandungan di dalam blog ini disalin daripada blog/laman web yang lain sebagai perkongsian yang bermanfaat. Artikel yang disalin akan ditandai *copy&paste di akhir artikel. Pemilik blog memohon maaf seandainya artikel yang disalin dan dipaparkan di dalam blog ini tanpa memohon kebenaran daripada penulis artikel asal. Niat penulis hanyalah untuk berkongsi ilmu sahaja dan jika penulis asal mempunyai masalah berkenaan perkara ini, silalah nyatakan di emel masrul1981@gmail.com.

Wednesday 3 February 2016

POWER AMPLIFIER & SPEAKER YANG BERSESUAIAN (MATCHING)


Di dalam artikel ini, saya ingin menerangkan (melalui kefahaman saya sendiri) tentang hubungan antara power amp dengan speaker kenderaan.

Power Amp adalah satu alat yang digunakan untuk menguatkan frekuensi audio di dalam sistem radio/bunyi di dalam kereta anda. Bagi memastikan penggunaan power amp bersesuaian dengan speaker kereta anda, terlebih dahulu anda perlu mengetahui spec kedua-dua alat tersebut. Contohnya adalah seperti berikut :

Tuesday 2 February 2016

KERETAKU – PROTON GEN-2 MANUAL 1.6L







PENGENALAN

Proton Gen-2 telah dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu enjin CamPro (singkatan daripada Camshaft Profiling). Kesemua enjin CamPro menampilkan teknologi pacu melalui wayar (khususnya kawalan pendikit elektronik) bagi tindak balas cemerlang, sekaligus menghapuskan keperluan bagi pautan dan kabel yang menghasilkan geseran. Juga dikenali sebagai Enjin Campro DOHC asas, ianya dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Berikut adalah maklumat bagi kedua-dua enjin tersebut:

Thursday 14 January 2016

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN 2016

JADUAL PEMBAYARAN GAJI BULANAN PENJAWAT AWAM
BAGI TAHUN 2016


BULAN
TARIKH GAJI
HARI
CATATAN
1
21 Januari
Khamis

2
25 Februari
Khamis
Tahun Baru Cina 8, 9 Februari
3
24 Mac
Khamis

4
25 April
Isnin

5
24 Mei
Selasa
Pesta Keamatan 30, 31 Mei
6
23 Jun
Khamis
Hari Gawai 1, 2 Jun
7
25 Julai
Isnin
Hari Raya Aidilfitri 6, 7 Julai
8
25 Ogos
Khamis

9
22 September
Khamis
Hari Raya Aidiladha 12 September
10
20 Oktober
Khamis
Hari Deepavali 29 Oktober
11
24 November
Khamis

12
20 Disember
Selasa
Hari Krismas 25 Disember

Wednesday 13 January 2016

LIRIK LAGU SAYAP ILUSI

Tajuk Lagu: Sayap Ilusi
Artis/Penyanyi: Wings
Semakin jauh aku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati
Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya
Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi debu
Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya
Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati
Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli sejuta seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya
Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
Tanya dia siapa kita
Dan pulang ke mana akhirnya
Kerana cinta
Biar aku dianggap gila oh
Terbang dengan sayap ilusi
Bertutur dalam bahasa hati

HARI PERTAMA MEMBLOG

Hari ini, 14 Januari 2016 (Khamis) adalah kali pertama aku memblog. Alhamdulillah, akhirnya terlaksana juga hajat ini untuk men'create' sebuah blog. Terima kasih kepada En. Ghazi http://ammarghaziklte.blogspot.my/ kerana telah mengajar aku membuat blog ni. Buat masa ni, aku masih tak pasti apa cerita atau bahan yang aku nak kongsi tapi rasa-rasanya mungkin yang berkaitan dengan hobi, isu semasa, rasa hati atau apa-apa sahaja yang bersesuaian. Ok, kita tengoklah nanti macam mana.