PENGENALAN
Proton Gen-2 telah dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu enjin CamPro (singkatan daripada Camshaft Profiling). Kesemua enjin CamPro menampilkan teknologi pacu melalui wayar (khususnya kawalan pendikit elektronik) bagi tindak balas cemerlang, sekaligus menghapuskan keperluan bagi pautan dan kabel yang menghasilkan geseran. Juga dikenali sebagai Enjin Campro DOHC asas, ianya dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Berikut adalah maklumat bagi kedua-dua enjin tersebut:
S4PH (1.6L)
|
S4PE (1.3L)
|
|
Kuasa kuda maksimum
|
110 bhp (82 kW) @ 6,000 rpm
|
94 bhp (70 kW) @ 6,000 rpm
|
Kilasan maksimum
|
148 N-m @ 4,000 rpm
|
120 N-m @ 4,000 rpm
|
Lubang x lejang
|
76 x 88 mm
|
76 x 73.4 mm
|
Sesaran enjin
|
1598 cc
|
1332 cc
|
Walaupun CamPro kelihatan berkuasa pada kelajuan enjin tinggi, namun pengguna awal Gen-2 mengalami masalah kekurangan kilasan terutamanya untuk mendaki bukit semasa kelajuan enjin sekitar 3,000 - 3,500 rpm disebabkan penurunan kilasan pada kelajuan tersebut sebelum meningkat semula ke 148 N-m pada 4,000 rpm. Akibatnya, pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan 3 semasa mendaki bukit. Masalah ini diselesaikan dengan pemetaan semula ECU enjin tersebut pada tahun 2005.
PENGALAMAN
Pickup – Sepanjang menggunakan kereta ini, masalah paling utama adalah pickup. Ini dapat dirasai apabila ingin memulakan perjalanan - RPM tiba-tiba turun dan memaksa kita mengawal dengan lebih klac bagi menstabilkan semula RPM tersebut. Masalah ini akan lebih dirasai apabila aircond dihidupkan, ketika traffic jammed dan apabila kereta terpaksa diperlahankan/berhenti semasa menaiki bukit (cth: ikut belakang lori atau berhenti di simpang berbukit). Walau bagaimanapun, selain daripada punca seperti disebutkan di atas, aku tiada komplen berkenaan enjin CamPro ini. Kuasa pecutan pun boleh tahan. Dari segi handling pula, memang meyakinkan dan tidak goyang walaupun di selekoh tajam. Bagi aku yang berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kuantan setiap minggu dengan melalui Karak Highways dan LPT, memandu dalam 150 – 160 km/j adalah biasa dan alhamdulillah setakat ini aku selamat sampai dengan selamat.
Kerosakan
Walau bagaimanapun, sesebuah kenderaan yang menjadi kenderaan harian tidak dapat lari daripada kerosakan. Jadi anda perlulah terimanya sebagai satu lumrah jika anda berhajat menggunakan kenderaan tersebut.
Waterpump - Di antara kerosakan yang pernah dihadapi adalah waterpump bocor. Ini akan menyebabkan temperature enjin akan naik melebihi paras normal. Pada awalnya aku tidak mengesyaki waterpump yang bocor kerana tiada kelihatan kesan air di bawah kereta. Untuk mengatasi masalah ini, aku cuba tukarkan cap radiator (tak mahal dalam berbelas ringgit je), tapi malangnya suhu enjin masih naik. Ok takpe, pelan B aku ke bengkel yang specialist bab radiator pula. Setelah di cek, ternyata radiator telah tersumbat. Daripada 20 – 30 keseluruhan saluran radiator tersebut, seingat aku hanya 5 je yang tak tersumbat. Aku rasa ini semuanya sebab aku mengisi air dalam radiator walaupun enjin masih lagi panas membara. Jadi terpaksalah radiator tersebut ditukar (jahanam RM250 aku). Setelah semuanya selesai, hati aku pun berbunga kembali sebab tak payah lagi fikir pasal enjin panas ni. Seperti biasa, petang jumaat aku pun gerak balik ke rumah orang tua aku di Kuantan. Sesampai di Temerloh, temperature enjin aku naik lagi. Aduhai, nampaknya terpaksalah aku cari Fong sampai Kuantan nanti. Setelah berhenti dalam setengah jam dan air ditambah dalam radiator, aku pun teruskan perjalanan aku slow-slow. Keesokannya, aku terus ke bengkel yang aku percaya dekat Kuantan. Setelah dicek oleh Fong (tauke bengkel), barulah punca sebenar temperature enjin naik diketahui iaitu waterpump telah mengalami kebocoran. Akhirnya setelah lebur RM250 barulah keadaan kembali normal. Mengikut research@google yang aku buat, waterpump sepatutnya ditukar apabila menukar timing belt buat kali yang kedua. Ohh, patutlah…hehe…
Fuelpump – Ini adalah kerosakan kedua yang paling besar yang pernah aku alami. Pada satu pagi yang indah tu, sewaktu tengah semangat nak pergi keje tiba-tiba kereta tak boleh nak start. Bunyi crank ada tapi kereta tak nak hidup. Takpe, jangan panik. Sebagai pemilik kenderaan sekurang-kurangnya kita kena tahu tak banyak pun sedikit pasal kereta ni. Firstly, aku cek bateri, minyak petrol dan plug. Semuanya ok. Ni yang buatkan aku pening kepala ni, jadi terpaksalah panggil kawan aku Zul untuk tengok masalah kereta ni. Bagi orang yang dah biasa dengan ragam kereta, mereka dah boleh mengagak kerosakan yang dialami. Cara menguji fuelpump berfungsi atau tidak adalah dengan mencabut tiub minyak petrol yang bersambung terus ke enjin dan cuba start kereta. Sah, minyak petrol tidak sampai ke enjin. Alamak, berapa pulalah yang kena kali ini. Setelah dicek fuelpump yang kedudukannya di bawah seat belakang, Zul memberitahu bahawa motor fuelpump tersebut sudah tidak main/rosak dan perlu ditukar. Tapi masalahnya kalau hendak tukar motor sahaja pun tak boleh sebab benda tu memang dijual satu set seketul. Jadi terpaksalah aku tukar fuelpump yang baharu. Fuh, melayang RM320 termasuk upah pasang. Kata Zul, antara punca fuelpump rosak adalah kerana kita selalu membiarkan petrol berada di bawah paras E dan lampu warning petrol menyala. Ini adalah kerana fuelpump akan bekerja lebih untuk menarik petrol ke enjin. Jadi, nasihat aku jangan selalu biarkan minyak petrol kereta anda kurang sampai signal fuel menyala. Daripada pemerhatian aku sebelum kejadian ini, pernah beberapa kali kereta tiba-tiba tersengguk seperti minyak tak sampai. Aku agak itulah tanda awal fuelpump akan mengalami masalah. Antara tanda lain adalah tiada bunyi motor fuelpump semasa anda switch on kereta anda. Biasanya apabila kita on kan switch kereta sebelum start enjin, akan ada bunyi motor fuelpump tersebut. Ok, untuk tambahan fuel filter (tak mahal dalam berbelas ringgit je) pun perlu juga ditukar sebabnya semasa cek masa fuelpump rosak hari tu memang sudah teruk. Sisa petrol dalam fuel filter tu sudah macam air longkang je, hitam.
Steering Rack – Ini pun masalah terbesar yang pernah dialami. Sebenarnya masalah steering rack ini dah lama berlaku tapi aku buat tak tahu je. Orang cakap selagi boleh terak kita terak. Antara tanda-tanda kerosakan pada steering rack adalah steering rasa ringan/kosong tapi masih boleh ke kanan dan ke kiri. Selain itu, apabila memandu di selekoh, steering anda akan tarik balik. Senang cerita, dia dah tak ikut tindak balas kita. Steering anda juga akan rasa bergegar dan memaksa anda memegang kedua belah tangan terutamanya semasa selekoh. Walaupun sudah hampir 2 tahun tapi baru tahun lepas (2015) aku bercadang untuk membaiki kerosakan steering rack ni, itupun sebab sudah teruk sangat dah. Anda dinasihatkan janganlah ikut perangai aku ni, bahaya. Perkara pertama adalah mencari steering rack secondhand di kedai potong. Kalau hendak beli baru rasanya mahu pergi dalam RM500 original (nasihat daripada pakar jangan pakai yang tak ori sebab tak tahan lama). Ok, setelah dapat sebatang steering rack yang berharga dalam RM200 aku pun pergi ke bengkel untuk proses menukar. Setelah dibuka steering rack yang lama, apa yang didapati adalah ianya sudah bocor teruk dan ada benda dalam tu yang sudah longgar, tak taulah spring ke apa yang longgar tu. Upah pasang seingat aku habislah dalam RM100 tapi nasib baiklah Abang Lan Pomen tidak minta caj untuk minyak power steering. Ok, akhirnya setelah hampir 2 tahun barulah aku dapat memandu dengan selesa semula.
Power windows – Masalah ini memang masalah yang paling terkenal dalam keluaran Proton. Sepanjang aku menggunakan model ini iaitu sejak tahun 2008 hingga sekarang (2016), sudah 3 kali motor power windows aku rosak. Yang peliknya, hanya motor power windows di sebelah kiri pemandu sahaja yang rosak. Kos motor adalah dalam lingkungan RM150 termasuk upah pasang. Tapi sejak aku tukar motor power windows yang terakhir, sampai sekarang dia dah tak buat ragam lagi. Asalnya kedai aksesori tersebut tiada motor untuk sebelah kiri pemandu dan yang ada hanya untuk sebelah pemandu. Kebetulan hari pun dah lewat, nak tak nak terpaksalah aku suruh juga pasang tapi kena pasang terbaliklah moto tu. Dan alhamdulillah sampai sekarang aku tak payah lagi tukar motor power windows kereta aku.
Walaupun terdapat beberapa kerosakan sepanjang penggunaan kenderaan ini, namun aku bersyukur kerana dengannya aku sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Bak kata orang, kalau tak nak kereta rosak simpan je dalam garaj. Tapi jika hendak menggunakan kereta sekurang-kurangnya kita kena tahu basic pasal kenderaan tersebut. Contohnya, macam mana nak cek air bateri, air radiator, plug, minyak hitam, minyak brek dan minyak power steering serta angin tayar. Apa yang penting selalulah cek kenderaan anda terutamanya ketika hendak berjalan jauh. Pastikan semua perkara seperti yang disebutkan di atas dicek dan jika sampai masa perlu tukar kita tukar, jangan biarkan dikhuatiri akan melarat jadi lebih teruk. Antara yang paling penting yang perlu dijaga adalah timing belt. Pastikan timing belt anda tidak putus di tengah jalan kalau tak nak kena overhaul enjin kenderaan anda. Mahu makan ribu-ribu beb. Ok, setakat ini sahaja artikel saya kali ini. Moga berjumpa lagi di artikel yang seterusnya. Assalamualaikum w.b.t. dan berhati-hati ketika memandu.
Nota:
Tahun kenderaan dikeluarkan : 2006Tahun kenderaan digunakan : 2008 (second owner)
KM semasa digunakan : +80 000
KM sekarang : +270 000
Terbaekkk bang. Harapnya gen2 kita steady selamanya
ReplyDeletealhamdulillah perkongsian pengalaman yg baik... cuma jika ada sesapa yg tau ..mudah ke nak tukar ke steering sport.. nak tukar yg ori mahal.. punca horn dh tak berbunyi.. pomen ckp dlm rm200**...
ReplyDeleteslm,, btl klau utk blk kpg ke jln jauh ke
ReplyDeletessuai jer campro biasa ni,, maintain 120-150kmh ok da,, pndai2 la maintain lajak ble npk dpn nk mndaki,, pandai2 arr,,
utk main dkt2 ke g kje ke bli skuter,, takpn kanchiul ke k,,
janji jauhi riba,,
support kekal kreta +10thn yg di selengara baik trs ats jlnraya kita yeah!! _hapus kreta 'riba' pnyumbang ksesekan n kemalangan atas jalan yeah!!
_psst_
(riba=istihar perang Allah+Rasul)
(4yg Nabi laknat=pemberi, penerima, saksi, penulis)