Tuesday 16 February 2016

BlogShop@sayapilusi

BlogShop@sayapilusi adalah satu ruangan yang diwujudkan di dalam blog ini http://sayapilusi1981.blogspot.my/ . Konsep ini sebenarnya diadaptasi daripada Car Boot Sale yang telah menjadi trend masa kini di mana barang-barang milik peribadi akan dijual dengan harga berpatutan kepada yang berminat. Tujuan BlogShop@sayapilusi adalah sebagai satu cara pemilik blok mengelakkan barangan tersebut disia-siakan walaupun baru sekali dua digunakan. 

Bagi anda yang berminat boleh menghubungi saya melalui whatsapp di no. 013-276 3889 (Hisyam) untuk cash on delivery (COD) di sekitar Kuala Lumpur iaitu Keramat, Wangsa Maju dan Setiawangsa. 

Juga boleh COD di sekitar Kuantan, Pahang. 

*Kos penghantaran melalui pos ditanggung oleh pembeli.
*Barang yang telah dibeli tidak boleh dipulangkan semula.

PENAFIAN (DISCLAIMER)

Blog ini merupakan blog peribadi penulis. Hasil penulisan/artikel yang disiarkan adalah sekadar perkongsian untuk umum. Kebanyakan entri ditulis berdasarkan pengalaman dan kehidupan pemilik blog sendiri, pemerhatian dan pembacaan. Sebarang pandangan yang dizahirkan merupakan pandangan peribadi pemilik blog. Pemilik blog tidak akan bertanggungjawab sekiranya terjadi apa-apa kerosakan, kecederaan atau kerugian akibat isi kandungan blog ini. Juga terdapat kandungan di dalam blog ini disalin daripada blog/laman web yang lain sebagai perkongsian yang bermanfaat. Artikel yang disalin akan ditandai *copy&paste di akhir artikel. Pemilik blog memohon maaf seandainya artikel yang disalin dan dipaparkan di dalam blog ini tanpa memohon kebenaran daripada penulis artikel asal. Niat penulis hanyalah untuk berkongsi ilmu sahaja dan jika penulis asal mempunyai masalah berkenaan perkara ini, silalah nyatakan di emel masrul1981@gmail.com.

Wednesday 3 February 2016

POWER AMPLIFIER & SPEAKER YANG BERSESUAIAN (MATCHING)


Di dalam artikel ini, saya ingin menerangkan (melalui kefahaman saya sendiri) tentang hubungan antara power amp dengan speaker kenderaan.

Power Amp adalah satu alat yang digunakan untuk menguatkan frekuensi audio di dalam sistem radio/bunyi di dalam kereta anda. Bagi memastikan penggunaan power amp bersesuaian dengan speaker kereta anda, terlebih dahulu anda perlu mengetahui spec kedua-dua alat tersebut. Contohnya adalah seperti berikut :

Tuesday 2 February 2016

KERETAKU – PROTON GEN-2 MANUAL 1.6L







PENGENALAN

Proton Gen-2 telah dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu enjin CamPro (singkatan daripada Camshaft Profiling). Kesemua enjin CamPro menampilkan teknologi pacu melalui wayar (khususnya kawalan pendikit elektronik) bagi tindak balas cemerlang, sekaligus menghapuskan keperluan bagi pautan dan kabel yang menghasilkan geseran. Juga dikenali sebagai Enjin Campro DOHC asas, ianya dikeluarkan dalam 2 sesaran enjin iaitu 1.6L (S4PH) dan 1.3L (S4PE). Berikut adalah maklumat bagi kedua-dua enjin tersebut: