Di dalam artikel ini, saya ingin menerangkan (melalui
kefahaman saya sendiri) tentang hubungan antara power amp dengan speaker
kenderaan.
Power Amp adalah satu alat yang digunakan untuk
menguatkan frekuensi audio di dalam sistem radio/bunyi di dalam kereta anda.
Bagi memastikan penggunaan power amp bersesuaian dengan speaker kereta anda,
terlebih dahulu anda perlu mengetahui spec kedua-dua alat tersebut. Contohnya
adalah seperti berikut :
Daripada gambar di atas, jenis power amp yang digunakan
adalah 4 channel power amp. Output maksima yang boleh dihasilkan power amp bagi
setiap channel adalah 74 watts RMS @ 4 ohms atau 100 watts RMS @ 2 ohms. Oleh
itu, penggunaan speaker yang bersesuaian bagi setiap speaker adalah dengan
menggunakan formula berikut:
Contoh 1 :
Jika anda menggunakan speaker 4 ohms
Watts speaker minima = 75% x 74 watts RMS = 55.5 watts
Watts speaker maksima = 150% x 74 watts RMS = 111 watts
Contoh 2 :
Jika anda menggunakan speaker 2 ohms
Watts speaker minima = 75% x 100 watts RMS =75 watts
Watts speaker maksima = 150% x 100 watts RMS = 150 watts
RMS (root mean square) dan Peak (max)
RMS dan Peak biasanya digunakan untuk mengukur watts bagi
power amp dan speaker. Nilai Peak adalah lebih tinggi daripada RMS. Oleh itu,
semasa membeli power amp atau speaker pastikan unit ukuran watts yang digunakan
samada RMS ataupun Peak. Oleh yang demikian, anda perlu membuat kiraan RMS atau Peak berdasarkan formula berikut :
RMS = Peak x 0.707 atau Peak-to-Peak x 0.3535
Peak = RMS x 1.414 atau Peak-to-Peak x 0.5
Peak-to-Peak = RMS x 2.828 atau Peak x 2.0
Walau bagaimanapun, cara yang paling mudah tanpa perlu membuat kiraan seperti di atas adalah dengan mengetahui spec alat tersebut. Juga jangan keliru dengan unit watts yang digunakan (RMS atau peak). Pastikan nilai watts kedua-dua barang tersebut adalah bersesuaian. Formula 75%150% boleh digunakan bagi speaker yang hendak digunakan.
Pemilihan power amp dan speaker yang bersesuaian adalah
amat penting bagi memastikan anda berpuas hati dengan kualiti sound yang
dikeluarkan dan juga bagi mengelakkan kerosakan alat tersebut. Diharap artikel
ini dapat membantu anda dalam menaik taraf sistem suara kenderaan anda. Sekian.
No comments:
Post a Comment