Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera. Kali ini saya
ingin berkongsi dengan anda bagi proses transfer duit ke lain-lain akaun bank melalui
cimbclicks. Proses ini amat mudah
dan menjimatkan masa anda.
Terdapat 2 jenis tranfer fund yang biasa saya gunakan
iaitu Within CIMB Bank dan To Other Bank. Firstly, log in akaun cimbcliks anda
dan pergi ke tabs transfer dan pilih samada Within CIMB Bank atau To Other Bank.
Within CIMB Bank
= transfer duit ke akaun CIMB Bank
To Other Bank
= transfer duit ke lain-lain bank selain CIMB Bank
Bagi proses transfer melalui Within CIMB Bank, penerima akan menerima fund setelah sebaik sahaja proses transfer ini berjaya/successful dan tiada servis caj dikenakan.
Manakala, bagi anda yang ingin membuat transfer melalui
To Other Bank terdapat 2 pilihan diberikan samada :
Normal Transfer
(IBG) = caj RM0.11 dan fund akan diterima oleh penerima mengikut kadar masa
yang telah ditetapkan. Sila lihat jadual di bawah.
Instant transfer
(IBFT) = caj RM0.53 dan fund diterima segera oleh penerima setelah proses
transfer selesai/successful
Berikut adalah jadual pemprosesan bagi kedua-dua kaedah
tranfer (IBG dan IBFT) :
Di atas adalah sceenshoot bagi transfer To Other Bank:
From : pilih
akaun yang hendak digunakan.
Method : pilih
kaedah samada IBG atau IBFT
To : pilih
samada akaun bank yang telah disimpan dalam favourite atau yang di bawahnya
pilih bank yang hendak ditransfer, masukkan no. akaun dan nama penerima.
Payment Type :
pilih fund transfer
Amount :
Masukkan jumlah yang hendak ditransfer (paling minima RM1.00)
Recipient
Reference : taip tujuan transfer dibuat samada simpanan, pembayaran, sumbangan
atau apa sahaja yang berkaitan.
Other Payment Detail
: taip apa saja yang difikirkan sesuai, biasanya saya gunakan bulan semasa.
Contoh : Mac 2016
When : anda
diberi pilihan samada proses transfer berlaku sekarang (now) atau pada
lain-lain hari (later). Jika anda pilih later anda juga boleh memilih single
(once) iaitu transfer kesemua sekali atau recurring iaitu transfer secara berkala
samada seminggu atau sebulan mengikut pilihan anda.
Alert Recipent by
: Anda diberi 2 pilihan untuk menerima mesej tranfer yang telah berjaya
dilakukan samada melalui emel atau SMS (caj RM0.21 dikenakan).
Setelah semuanya diisi, anda bolehlah submit form
ini dan tunggu sehingga keluar paparan seperti berikut :
Semak paparan tersebut dan seterusnya masukkan 6 digit
TAC (boleh didapati melalui cimbcliks app atau mesej yang diterima melalui no.
telefon anda).
Dan akhirmya, anda akan menerima paparan seperti di
bawah. Proses selesai.
No comments:
Post a Comment