Wednesday, 2 March 2016

PANDUAN SERVIS/MAINTENANCE KERETA



1.               Minyak Hitam – jenis minyak hitam dan jarak/masa penggunaan sebelum penggantian adalah seperti berikut:
a)          bukan sintetik/mineral disarankan setiap 5,000km atau 3 bulan.
b)          semi sintetik disarankan 7,500km atau 10,000km atau 6 bulan.
c)          fully sintetik untuk 15-20,000km atau 1 tahun.
Berhati-hati ketika membeli minyak hitam di kedai spare part kerana terdapat minyak recycle/tiruan. Terdapat sindiket di mana pengusaha bengkel tertentu refill dengan menggunakan minyak recyle/tiruan serta membuat seal baru supaya dapat mengaut keuntungan lebih. Adalah lebih selamat membeli minyak di stesen minyak yang pasti tulen. Melainkan kalau betul-betul yakin dengan kedai spare part yang anda kunjungi itu.

2.              Oil Filter – biasanya diganti bersekali apabila servis minyak hitam.

3.              Spark Plug - 20,000km atau 4 kali tukar minyak hitam atau setahun sekali. Terpulang pada individu kerana ianya tidak terlalu kritikal tapi janganlah sampai kereta susah nak start baru tukar.

4.              Bateri Kereta - 18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan, jika selalu tambah air bateri, ianya boleh tahan sehingga 2 tahun. Free maintenance battery pula tidak perlu ditambah air bateri dan harganya mungkin lebih sedikit dari bateri biasa. Disarankan dibeli dari kedai bateri (spesialist) atau pengedar yang sah bagi mengelakkan barang tiruan.

5.              Timing Belt - 60,000km untuk kereta Proton Wira, Saga. WAJA boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV 160,000km. Boleh dilihat di dalam manual kenderaan anda. Kita juga boleh melihat keadaan fizikal timing belt tersebut, jika tidak merekah, "gigi" masih elok maka tak perlu ditukar. Secara asasnyanya pertukaran timing belt pada setiap 100,000km mengikut ketetapan pengeluar di Jepun. Tetapi Jepun adalah negara bercuaca sederhana sejuk manakala cuaca di Malaysia lebih panas dan mampu mempercepatkan proses wear and tear timing belt yang dibuat dari adunan getah, plastik dan fibre glass. Maka itu, adalah dinasihatkan pertukarannya dibuat lebih awal. Juga faktor kenderaan idle/tidak bergerak tetapi enjin berjalan, contohnya bagi timing belt 100,000km mungkin perlu ditukar pada 70-80000km.

6.               Aircond Belt, Altrnator Belt, Power Steering Belt - ditukar semasa menukar timing belt atau apabila nampak rekahan/crack.

7.               Head Gasket - ditukar apabila minyak leaking di sekitar kawasan head enjin. Penggunaan gasket jenis silikon lebih baik kerana lebih tahan panas. Biasanya mekanik akan menyarankan penukaran head gasket semasa menukar timing belt.

8.               Clutch Plat - clutch plate ini ialah perkara subjektif. Biasanya ditukar apabila berlaku simptom "clutch slipping" sewaktu pemanduan. Disarankan penukaran pada setiap 100,000km perjalanan.

9.               Fuel Filter - ditukar sekitar 40,000km.

10.          Air Filter - ditukar setiap 20,000km, tapi pada mereka yang menggunakan K&N type, ianya tidak perlu ditukar, cuma perlu dibersihkan.

11.          Automatic Transmission Fluid (ATF) - Minyak ini memang penting bagi yang menggunakan auto gearbox. Di dalam manual disarankan penukaran setiap 20,000km. Sangat penting ditukar apabila sampai masanya (seperti juga minyak hitam) kerana kerosakan kepada auto gearbox memerlukan perbelanjaan yang banyak. Jika membuat penukaran mengikut saranan yang telah ditetapkan, kereta tidak perlu Transmission Flush seperti yang disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush memerlukan 7-9 litre.

12.         Gear Oil - bagi mereka yang menggunakan manual gearbox, kereta anda tidak perlu menggunakan ATF, sebaliknya guna gear oil. Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km untuk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km untuk kereta atas 5 tahun atau apabila gear shift rasa ketat. Paling bagus untuk kereta lama ialah dengan menambah gearbox treatment.

13.          Brake Fluid dan Power Steering Fluid disarankan flush keluar ganti baru setiap 60,000km.

14.           Radiator Coolant - Penggunaan coolant akan membuatkan enjin lebih cepat panas dan juga tidak mudah mendidih. Coolant disarankan ditukar tiap-tiap 20,000km perjalanan. Walau bagaimanapun, juga boleh ditukar setiap 50,000km asalkan menggunakan air suling atau RO water.

15.          Air-Cond Belt / Alternator Belt - Belt-belt ini perlu ditukar sama waktu dengan timing belt. Jika terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ini, belt air-con dan juga alternator yang sudah sampai masa ditukar mudah dikenal pasti kerana ianya terletak diluar. Jika bahagian "ribs"nya sudah ada"crack-crack" yang halus, maka eloklah ditukar belt tersebut. Jangan ditunggu sehingga timing belt hendak ditukar baru menukar belt-belt ini.

16.          Water Pump - ditukar apabila menukar timing belt untuk kali ke dua. Katakanlah kita menukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kita menukar timing belt untuk kali kedua pada 160,000km, elok ditukar sekali water pump tersebut. Untuk menukar water pump, timing belt perlu dibuka dan jika dibuat sekali, tiada caj tambahan dikenakan.

17.          Brake Pad - ditukar apabila haus atau apabila terasa brake kurang mengigit. Biasanya 3 atau 4 tahun sekali. Biasanya brake belakang tahan 2 kali lebih lama dari brake depan.

18.          Akhir sekali, ingin diingatkan maintenance schedule yang mengikut "km" atau masa "3 bulan" "6 bulan" dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna-pengguna kereta melakukan penyelengaraan atau disebut "preventive maintenance". Maksudnya, benda yang ditukar itu belum tentu rosak tapi kita sudah tukar, preventive maintenance ini mampu mengelak dari pengguna kereta menghadapi kerosakan yang kritikal di masa akan datang.


*Panduan ini disalin daripada beberapa laman blog/web dan tidak dapat dipastikan daripada mana asal artikel ini. Penulis juga telah menokok-tambah kandungan di dalam artikel ini mengikut kesesuaian ayat yang digunakan. Jika pemilik artikel asal ini tidak mengizinkan/kurang senang terhadap artikel ini sila emelkan di masrul1981@gmail.com.

1 comment:

  1. Nanti kalau nak cari tayar pula, cuba website https://mytayar.com

    Ada banyak kedai di kawasan Lembah Klang, Johor Bharu, Ipoh, Seremban dan Pulau Pinang yang feed harga kat website. Harga yang dipaparkan termasuk GST, tayar dan lain2 seperti yang dinyatakan mengikut kategori. Tiada ruang akan ditipu dengan kedai sebab semua terms + conditions dah dijelaskan di website. 

    Anda hanya perlu masukkan spec tayar terus ke website. Website akan menunjukkan info mengenai offer dari Network Workshops kami. Anda boleh pilih apa yang penting untuk anda samada harga, lokasi, jenama atau model tayar. 

    Kita akan pantau kedai supaya mereka tak menipu customer website. Anda hanya perlu bayar 5% deposit online. Lepas tu website akan hantar email info mana nak pergi. Balance 95% bayar terus kat kedai bila kerja dah siap.

    Cara jimat, mudah dan telus untuk membeli tayar.

    ReplyDelete