Wanita sukakan lelaki bagaimana? Idaman lelaki yang
bagaimana? Mari kita kaji dan selidik rahsia wanita? Ini adalah rahsianya
:-
1. Bila
sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan
airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila
dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu
beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan
ucapan maaf.
3. Wanita
sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab
itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).
4. Sekiranya
sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di
fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila
lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair
seperti coklat!!
6. Wanita
memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika
kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya
dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang
kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.
8. Sekiranya
sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan
dia untuk seketika. Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,
cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita
suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah
cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan
sesekali beritahu perempuan yang mereka ni langsung tak berguna.
11. Bersikap
terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila
pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,
misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh
seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan
menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan
tahu berita tersebut.
13. Sekuntum
senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan!
14. Jika
kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian
biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika
sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,
tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi
jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,
teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan
sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18. Selepas
sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak
jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau
kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang
gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila
setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama! yang dicari oleh wanita ialah
siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas
teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya
sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu
ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman
baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita
paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle
kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta
bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang
kompromi.
26. Semua
wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata
wanita adalah airmata!!
28. Wanita
suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah,bunga
atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan
bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini! dia tak akan ragu-ragu
terhadapmu.
29. Wanita
mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik
terhadapnya. So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya
mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai
dan disayangi sepenuh jiwa.
*copy&paste
*copy&paste
No comments:
Post a Comment