Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh
syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah,
bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang
agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.
Keluhan remaja perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja.
Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan isteri A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita,
padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”
Keluhan remaja perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta
pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami
mahu keadilan!”
Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan
anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak
kita tanggung sendiri!”
Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap
suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan isteri D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak
bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan C:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan
nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan
puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan
menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang
terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah,
mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada
seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu
Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari
ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah
sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja
perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan
terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi
laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan
itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan
jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke
lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan
tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar
pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun
akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri
A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat
juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah
berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak
perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian
lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja
perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi
kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang
dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki
ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya.
Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah
jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri
B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak
begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya
awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid
dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat
sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman
menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya,
ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak
nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka
ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja
perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah,
awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah
la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu,
berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada
suami awak. Itu saja asasnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri
D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita
jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak
akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret
diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa
namun beriman.
Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan
tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan
mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia,
sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia
dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu,
sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik
selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu,
nescaya syurga menanti...
Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang
di Malaysia? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.
*copy&paste
No comments:
Post a Comment